Diet Cara Yang Betul, Tak Sedar Pun Berat Dah Turun
Masa zaman muda remaja dulu (baca zaman pelajar universiti) konon-konon tekanan perasaan sebab study dan konon kuat study otak perlukan lebih banyak glukos, itulah alasan untuk makan banyak dan banyak. Akhirnya berat badan pun pandai naik. Bila dah rasa gemuk sikit, mulalah terikut-ikut kawan-kawan atau majalah untuk berdiet.
Diet yang sangat popular dan diketahui ramai masa tu ialah diet dengan mengurangkan makan ataupun skip waktu makan. Jadinya tak breakfast, tapi bila sampai waktu makan tengahari, dah lapar sangat-sangat. Kat sanalah bantai makan macam tak ingat. Lepas tu, kalau berjaga malam, belajar memang selalu rasa nak makan benda manis je. Atau orang putih panggil craving for sweets..
Memang berjaya turunkan berat badan, tapi masalahnya sekejap saja. Bila dah mula makan macam biasa, berat baik balik. Memang tak seronok kan naik berat macam tu? Lepas tu, disibukkan dengan studies, memang saya tak peduli dah pasal berat badan. Biarlah nak naik ke, nak gedempol ke, biarkan saja.
Hinggalah saya mula bekerja. Lain sangat bekerja dengan belajar. Takda masa nak duduk-duduk berehat. Memang on the go setiap masa, sampailah habis waktu kerja. Tu pun kadang-kadang kalau belum siapkan kerja, stay back lah sekejap. Tak sampai hati pula nak tinggalkan kerja kat kawan-kawan lain.
Dalam masa tu, saya berkenalan dengan produk untuk tambah tenaga. Tak tahanlah, penat-penat badan. Balik rumah terus pengsan. Ada pernah sekali tu, saya kerja malam dan balik kerja waktu pagi, terus pengsan. Sedar-sedar, tengok jam pukul 7. Masa tu memang mamai ke apa, terus bangun mandi dan siap-siap nak kerja. Tapi yang hairannya, makin gelap pula, bukan makin cerah. Rupanya pukul 7 malam. Dahsyatnya saya punya penat tu? Berdosanya dah terlepas waktu solat zohor dan asar.
Alhamdulillah, lepas saya berkenalan dengan makanan tambahan, saya rasa lebih bertenaga. Kalau tak makan tengahari pun in sha Allah boleh bertahan sampai petang. Tapi, saya memang jenis tak tahan lapar, kecuali kalau berpuasa. Mungkin dah niat nak puasa kan, jadi terus tak rasa lapar. Tapi, asal tak puasa je, setiap masa rasa nak mengunyah je. Siapa yang sama macam saya? Kita geng..
Dah lama consume makanan tambahan tu, rasa jeans makin longgar. Memang rasa sangat sebab jeans saya agak ketat kat bahagian pinggul dan paha. Keadaan biasa wanita kan. Bila dah jadi macam tu, mestilah happy sangat.
Rupanya nak kuruskan badan tak perlu pun nak bersusah-payah, walaupun mesti tetapkan matlamat dan jelas dengan apa yang dimahukan. Dengan cara yang betul, in sha Allah impian untuk mendapat berat badan ideal menjadi lebih mudah.
Sel-sel badan memerlukan banyak vitamin dan mineral untuk berfungsi dengan baik, Dengan membekalkan badan nutrisi-nutrisi yang betul dan cukup dan buang toksin dan kotoran yang menjejaskan penyerapan zat makanan dan menyebabkan pembinaan lemak dalam badan.
![]() |
| Ada beza tak, antara makan vitamin dan tidak? |
Jika anda berminat untuk mengetahui atau menyertai program detoks yang dikelolakan oleh saya, AND - Awak Nak Diet?, boleh whatsapp saya : 012 621 1883
#AwakNakDiet?

No comments:
Post a Comment