Diet Berat Badan Tidak Turun, Buat Penat Saja
Isu berat badan adalah isu yang boleh jadi isu yang sensitif. Memang ramai saya jumpa pesakit-pesakit yang menghidap penyakit tekanan darah tinggi dan kencing manis, yang masih muda, maksud saya di bawah 40 tahun dan mengalami masalah obesiti atau berat badan berlebihan. Antara perkara penting yang saya tekankan selain mematuhi aturan pengambilan ubat ialah soal menurunkan berat badan. Kajian menunjukkan seseorang yang menghidap kencing manis boleh mengawal gula dengan lebih baik dengan berat badan yang ideal.
"Saya dah diet. Makanan macam-macam dah pantang, tapi tak kurus-kurus"
"Masa diet memang kurus, tapi lepas tu kalau salah makan atau tak jaga sikit pun, terus mencanak-canak berat naik"
"Masa diet memang kurus, tapi lepas tu kalau salah makan atau tak jaga sikit pun, terus mencanak-canak berat naik"
Kenapa boleh jadi macam tu? Saya percaya memang ramai yang mempunyai kesedaran untuk menurunkan berat badan. Walaupun dikatakan gemuk itu ohsem tapi saya percaya orang yang mempunyai berat badan berlebihan sedikit sebanyak tentu ada keinginan untuk turunkan berat badan. Baik untuk kecantikan atau untuk kesihatan. Bila berdiet memang berat badan boleh turun, memang boleh kurus. Tapi bila dah makan macam biasa, berat badan terus naik mencanak. Inilah dikatakan "KESAN YO-YO", iaitu berat boleh turun dan naik sesedap rasa.
Macamana nak maintain kurus je, tapi nak makan macam biasa?
Kesan yo-yo ni adalah dari hasil diet yang tak betul. Bila kita diet untuk kurus dengan mengurangkan makan, atau tak makan, ia memberi 3 kesan besar kepada badan kita:
1) Apabila kita sering tinggalkan waktu makan, atau makan dengan kuantiti yang tidak sepadan dengan aktiviti harian, badan akan memberi signal kepada otak supaya menyimpan lemak sebagai sumber tenaga pada waktu kita tak makan.
3) Diet tak makan hanya akan merosakkan otot. Bila otot rosak, metabolisme badan menjadi rendah. Lemak akan mudah terkumpul dalam badan kerana otot tak boleh dah nak bakar lemak dengan berkesan.
Cara terbaik untuk kurus ialah dengan DETOKS.
Kenapa?
Kerana detoks ni ialah proses MEMBUANG TOKSIN dan KOTORAN daripada tubuh kita yang menyebabkan penyumpulan lemak. Dan yang paling penting, diet ini inilah dengan membekalkan nutrien yang cukup dan sepatutnya kepada tubuh kita, bukanlah diet yang perlu berlapar.
Hasilnya?
Berat badan akan berkurang sebab lemak-lemak dah tak ada dan otot akan terbina. Yang paling penting kita nak maintain berat badan yang unggul. Walaupun dah kembali kepada cara makan yang biasa, berat kita tidak naik mencanak. Dan yang seronoknya, tabiat makan pun jadi semakin sihat. Nak makan benda-benda segera, makanan proses pun rasa tak lalu dah. Adalah orang yang buat detoks ni, bila makan benda-benda merepek ni, akan rasa pening.
Kesannya mungkin tak sama kepada semua orang. Mungkin ada yang ambil masa untuk turunkan berat. Tapi, tembam itu comel. Alang-alang nak comel, biarlah sihat sekali. Barulah mantap!
Jika anda berminat untuk menyertai program detoks #AwakNakDiet, boleh whatsapp saya di
012 621 1883
No comments:
Post a Comment