Tuesday 10 May 2016

Cara Detokfikasi Tubuh Paling Best, Selamat Dan Berkesan

Cara Detokfikasi Tubuh Paling Best, Selamat Dan Berkesan


Diet detoks memang ada banyak jenis dan banyak cara untuk lakukannya. 

Tapi sebab saya dapat pendedahan mengenai Set Detoks Shaklee, jadi saya kan fokus pada pelan detoks dengan gunakan produk Shaklee. 

Ini adalah set detoks yang mengikut pelan pemakanan Shaklee dan ada banyak lagi produk detoks dan pelan pemakanan berdasarkan jenis detoks dan dah tentu bajet anda. 



Fungsi vitamin dalam Set Detoks


Alfalfa

Alfalfa adalah antara produk kegemaran saya. Mula mengambil alfalfa kerana masalah penghadaman. 

Alfalfa mengandungi pelbagai zat makanan boleh detoks dari hujung rambut sampai hujung kaki.

10 biji alfalfa sehari dah boleh buat kita rasa bertenaga.

DTX

Hati adalah organ penyingkiran toksin yang paling penting. Sebab tu katanya organ dalaman seperti hati tak elok dimakan kerana mengandungi banyak toksin. Kasihan hati kan, dia dah banyak bekerja untuk tolong buang toksin dalam badan.

DTX ni akan bantu bantu penghasilan sel hati yang baru dan bantu hati buang toksin. DTX ni macam assistant hati. Bukan kata hati kita tak mampu buat kerja, cuma bayangkan berapa lama hati kita dah bekerja untuk buang toksin dah tentu lama-lama dia akan penat, jadi kita pun kenalah tolong juga.

Herblax

Herblax diekstrak daripada tumbuhan senna yang memang digunakan secara turun-temurun untuk masalah sembelit. Jadi, Herblax bantu orang yang mempunyai masalah buang air besar atau sembelit.

Setiap hari, kita kena buang air sekurang-kurangnya sekali. Kalau tak, ada masalah dengan sistem penghadaman kiata dan akan beri masalah kepada badan kita. 

Toksin akan dibuang melalui air besar. Kalau tak buang air besar, toksin tu akan berkumpul elok dalam badan kita.

Lama-lama dia akan kacau kesihatan kita. Macam kita tak buang sampah sehari. Bayangkan perut ikan, sisa makanan semua dalam tu. Petang ke malam mesti ada ulat datang. Bila rumah kotor, kita pun tak selesa nak tinggal.

Peppermint Ginger

Halia diketahui boleh bantu buang angin dalam badan. Kalau makan tak teratur, perut kita masuk angin, boleh sakit kepala, nak muntah, sakit perut dan rasa lemah-lemah badan.

Angin tu ada toksin sebenarnya. Jadi, boleh buang angin itu dengan Peppermint Ginger.

Vivix

Merupakan antioksida yang tinggi dan menyucikan sel badan daripada radikal bebas.

Vivix membantu mencuci darah dan melancarkan aliran darah.

Vivix juga tinggi serat dan boleh membantu proses penghadaman.

Apa boleh dapat dengan set ini?


Dengan beli set ini anda layak jadi ahli Shaklee secara automatik. Bila dah jadi ahli secara automatik, anda layak untuk dapat bonus pada bulan hadapan.

Pelan pemakanan yang khas juga disediakan. Malah ada resepi-resepi yang sihat dan sedap yang boleh anda ikut.

Saya akan guide cara detoks yang berkesan yang diamalkan oleh saya dan kawan-kawan untuk dapatkan hasil yang optimum.

Whatsapp saya --012 621 1883 untuk order dan mulakan detoks cara sihat.

Sunday 8 May 2016

Diet Berat Badan Tidak Turun, Buat Penat Saja

Diet Berat Badan Tidak Turun, Buat Penat Saja

Isu berat badan adalah isu yang boleh jadi isu yang sensitif. Memang ramai saya jumpa pesakit-pesakit yang menghidap penyakit tekanan darah tinggi dan kencing manis, yang masih muda, maksud saya di bawah 40 tahun dan mengalami masalah obesiti atau berat badan berlebihan. Antara perkara penting yang saya tekankan selain mematuhi aturan pengambilan ubat ialah soal menurunkan berat badan. Kajian menunjukkan seseorang yang menghidap kencing manis boleh mengawal gula dengan lebih baik dengan berat badan yang ideal.

"Saya dah diet. Makanan macam-macam dah pantang, tapi tak kurus-kurus"

"Masa diet memang kurus, tapi lepas tu kalau salah makan atau tak jaga sikit pun, terus mencanak-canak berat naik"

Kenapa boleh jadi macam tu? Saya percaya memang ramai yang mempunyai kesedaran untuk menurunkan berat badan. Walaupun dikatakan gemuk itu ohsem tapi saya percaya orang yang mempunyai berat badan berlebihan sedikit sebanyak tentu ada keinginan untuk turunkan berat badan. Baik untuk kecantikan atau untuk kesihatan. Bila berdiet memang berat badan boleh turun, memang boleh kurus. Tapi bila dah makan macam biasa, berat badan terus naik mencanak. Inilah dikatakan "KESAN YO-YO", iaitu berat boleh turun dan naik sesedap rasa.

Macamana nak maintain kurus je, tapi nak makan macam biasa?


Kesan yo-yo ni adalah dari hasil diet yang tak betul. Bila kita diet untuk kurus dengan mengurangkan makan, atau tak makan, ia memberi 3 kesan besar kepada badan kita:

1) Apabila kita sering tinggalkan waktu makan, atau makan dengan kuantiti yang tidak sepadan dengan aktiviti harian, badan akan memberi signal kepada otak supaya menyimpan lemak sebagai sumber tenaga pada waktu kita tak makan. 

2) Kandungan toksin meningkat dan jadi makin pekat. Badan kita akan terus membina lemak untuk melindungi organ dan menjadikan organ-organ kita 'kebal toksin'. Hasilnya, kita akan naik berat badan dalam masa yang cepat.

3) Diet tak makan hanya akan merosakkan otot. Bila otot rosak, metabolisme badan menjadi rendah. Lemak akan mudah terkumpul dalam badan kerana otot tak boleh dah nak bakar lemak dengan berkesan.



Cara terbaik untuk kurus ialah dengan DETOKS.

Kenapa?

Kerana detoks ni ialah proses MEMBUANG TOKSIN dan KOTORAN daripada tubuh kita yang menyebabkan penyumpulan lemak. Dan yang paling penting, diet ini inilah dengan membekalkan nutrien yang cukup dan sepatutnya kepada tubuh kita, bukanlah diet yang perlu berlapar. 

Hasilnya? 

Berat badan akan berkurang sebab lemak-lemak dah tak ada dan otot akan terbina. Yang paling penting kita nak maintain berat badan yang unggul. Walaupun dah kembali kepada cara makan yang biasa, berat kita tidak naik mencanak. Dan yang seronoknya, tabiat makan pun jadi semakin sihat. Nak makan benda-benda segera, makanan proses pun rasa tak lalu dah. Adalah orang yang buat detoks ni, bila makan benda-benda merepek ni, akan rasa pening.

Kesannya mungkin tak sama kepada semua orang. Mungkin ada yang ambil masa untuk turunkan berat. Tapi, tembam itu comel. Alang-alang nak comel, biarlah sihat sekali. Barulah mantap!

Jika anda berminat untuk menyertai program detoks #AwakNakDiet, boleh whatsapp saya di 
012 621 1883

Friday 6 May 2016

Diet Cara Yang Betul, Tak Sedar Pun Berat Dah Turun

Diet Cara Yang Betul, Tak Sedar Pun Berat Dah Turun


Masa zaman muda remaja dulu (baca zaman pelajar universiti) konon-konon tekanan perasaan sebab study dan konon kuat study otak perlukan lebih banyak glukos, itulah alasan untuk makan banyak dan banyak. Akhirnya berat badan pun pandai naik. Bila dah rasa gemuk sikit, mulalah terikut-ikut kawan-kawan atau majalah untuk berdiet.

Diet yang sangat popular dan diketahui ramai masa tu ialah diet dengan mengurangkan makan ataupun skip waktu makan. Jadinya tak breakfast, tapi bila sampai waktu makan tengahari, dah lapar sangat-sangat. Kat sanalah bantai makan macam tak ingat. Lepas tu, kalau berjaga malam, belajar memang selalu rasa nak makan benda manis je. Atau orang putih panggil craving for sweets..

Memang berjaya turunkan berat badan, tapi masalahnya sekejap saja. Bila dah mula makan macam biasa, berat baik balik. Memang tak seronok kan naik berat macam tu? Lepas tu, disibukkan dengan studies, memang saya tak peduli dah pasal berat badan. Biarlah nak naik ke, nak gedempol ke, biarkan saja.

Hinggalah saya mula bekerja. Lain sangat bekerja dengan belajar. Takda masa nak duduk-duduk berehat. Memang on the go setiap masa, sampailah habis waktu kerja. Tu pun kadang-kadang kalau belum siapkan kerja, stay back lah sekejap. Tak sampai hati pula nak tinggalkan kerja kat kawan-kawan lain.

Dalam masa tu, saya berkenalan dengan produk untuk tambah tenaga. Tak tahanlah, penat-penat badan. Balik rumah terus pengsan. Ada pernah sekali tu, saya kerja malam dan balik kerja waktu pagi, terus pengsan. Sedar-sedar, tengok jam pukul 7. Masa tu memang mamai ke apa, terus bangun mandi dan siap-siap nak kerja. Tapi yang hairannya, makin gelap pula, bukan makin cerah. Rupanya pukul 7 malam. Dahsyatnya saya punya penat tu? Berdosanya dah terlepas waktu solat zohor dan asar.

Alhamdulillah, lepas saya berkenalan dengan makanan tambahan, saya rasa lebih bertenaga. Kalau tak makan tengahari pun in sha Allah boleh bertahan sampai petang. Tapi, saya memang jenis tak tahan lapar, kecuali kalau berpuasa. Mungkin dah niat nak puasa kan, jadi terus tak rasa lapar. Tapi, asal tak puasa je, setiap masa rasa nak mengunyah je. Siapa yang sama macam saya? Kita geng..

Dah lama consume makanan tambahan tu, rasa jeans makin longgar. Memang rasa sangat sebab jeans saya agak ketat kat bahagian pinggul dan paha. Keadaan biasa wanita kan. Bila dah jadi macam tu, mestilah happy sangat.

Rupanya nak kuruskan badan tak perlu pun nak bersusah-payah, walaupun mesti tetapkan matlamat dan jelas dengan apa yang dimahukan. Dengan cara yang betul, in sha Allah impian untuk mendapat berat badan ideal menjadi lebih mudah.

Sel-sel badan memerlukan banyak vitamin dan mineral untuk berfungsi dengan baik, Dengan membekalkan badan nutrisi-nutrisi yang betul dan cukup dan buang toksin dan kotoran yang menjejaskan penyerapan zat makanan dan menyebabkan pembinaan lemak dalam badan.

Ada beza tak, antara makan vitamin dan tidak?


Jika anda berminat untuk mengetahui atau menyertai program detoks yang dikelolakan oleh saya, AND - Awak Nak Diet?, boleh whatsapp saya : 012 621 1883

#AwakNakDiet?